Flor de la Mar
Flor de la Mar

Flor de la Mar

Flor de la Mar atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau jenis kerakah milik Empayar Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco da Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi.Replika kapal ini telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Samudera Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.